Etika dan Peradaban dalam Konteks Masyarakat Malaysia
Buku ini telah direka khas untuk pelajar yang mendaftar dalam kursus bertajuk ‘Penghayatan Etika dan Peradaban (Appreciation of Ethics and Civilizations)’. Buku ini menawarkan nota yang komprehensif, aktiviti yang menarik, dan latih tubi untuk memupuk pemahaman yang lebih mendalam bagi topik-topik yang dipelajari. Buku ini mengandungi sembilan topik, bermula dengan pengenalan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Diikuti dengan konsep etika dan peradaban serta topik-topik lain yang mencakupi persekitaran geo-fizikal, masyarakat dan demografi, ekonomi dan pasaran, falsafah dan pemikiran termasuk pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia. Buku ini juga membahaskan pembinaan peradaban majmuk dan perlembagaan sebagai tapak integrasi dan wahana etika serta peradaban di Malaysia. Buku ini turut membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai penggerak kesepaduan nasional di Malaysia. Isu-isu semasa yang dibincangkan turut merangkumi peranan masyarakat dalam mendokong tanggungjawab sosial, serta masalah menghadapi cabaran kelestarian dan kedinamikan etika dan peradaban Malaysia.